Profil SK Kanchong Darat
Sekapur Sireh
Tn.Hj.Abd.Hamid bin Hj.Md Daud
Guru Besar
SK Kanchong Darat
Bismillahhirrahmannirahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya saya
dapat merakamkan sepatah dua kata dalam terbitan PROFIL sekolah
2011 ini.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah dilantik sebagai jawatankuasa
PROFIL sekolah kerana di atas segala usaha dan komitmen anda
PROFIL sekolah berjaya diterbitkan. Semoga segala usaha dan cita-cita murni
di sebalik penerbitan ini mendapat keredaan daripadaNya.
PROFIL ini diterbitkan bertujuan untuk menyalurkan
maklumat berkaitan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan khususnya
dalam bidang pentadbiran , kurikulum, hal-ehwal murid dan kokurikulum .
Penghasilan PROFIL ini cetusan maklumat sekolah yang boleh
dihidangkan buat santapan minda ibu bapa , pelawat dan masyarakat amnya.
Melalui kesempatan ini juga, saya ingin mengajak semua guru berganding
bahu , bergerak seiring mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif dan ceria ,
mengukuhkan semangat dan azam untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian
unggul untuk sekolah, agama , bangsa , dan warga negara.
Sekian, wassalam
“Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat Cemerlang”
Tn.Hj.Abd.Hamid bin Hj.Md Daud
Guru Besar
SK Kanchong Darat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan